Glamping merupakan portmanteau popular yang berasa daripada perkataan ‘glamourous’ dan ‘camping’, yang membolehkan pelancong mendekati alam semula jadi tanpa menjejaskan kemudahan moden. Gaya penginapan glamping adalah pelbagai, daripada khemah mewah dan tepee hinggalah epada yurt dan ekopod. Tetapi satu gaya terbaharu yang mula popular di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini ialah kubah geodesik: kediaman berbentuk iglu yang mempunyai bahagian jernih, membolehkan anda melihat pemandangan persekitaran dan juga langit.
Jika anda tertarik untuk menginap di glamping, di bawah terdapat senarai beberapa kubah glamping yang boleh anda temui di Malaysia. Jangan lupa untuk bookmark untuk plan percutian anda yang seterusnya!
1. A’moss Farmstay, Cameron Highlands, Pahang

Anda suka berkebun? Jika ya, ini adalah tempat yang sesuai untuk anda. Tempat penginapan ini terletak di lokasi yang pasti mengujakan pencinta alam semula jadi, dengan persekitarannya yang tenang dan dipenuhi dengan tanaman sayur-sayuran dan ladang teh, termasuk jalan untuk hiking yang terdapat di belakang kubah. Terdapat juga peluang untuk menerokai Mossay Forest menggunakan pacuan empat roda. Bagi tempat penginapan pula, setiap satu daripadanya dihias cantik dan dilengkapi dengan bilik mandi.
Kapasiti: Muat untuk 4 orang
Harga: Bermula dari RM250 per malam
2. Glamz at Genting, Genting Highlands, Pahang

Genting Highlands merupakan antara tarikan pelancongan yang popular di Malaysia. Bagi pengembara yang mencari tempat sunyi tanpa sebarang gangguan, namun lengkap dengan pelbagai aktiviti, Glamz at Genting adalah pilihan yang tepat. First World Plaza hanyalah lima kilometer sahaja dari tempat penginapan tersebut. Genting Premium Outlets (GPO) pula hanya dalam lima minit memandu kereta. Tetamu boleh menikmati pelbagai kemudahan termasuk jakuzi terbuka, sauna, sudut umum yang dipenuhi dengan permainan papan, serta kawasan barbeku. Kubah di sini luas dan rekaan dalamnya berkonsepkan minimalis.
Kapasiti: Muat sehingga 6 orang setiap kubah
Kadar: Bermula dari RM300 per malam (untuk kubah)
3. Sea Horizon Resort, Kota Tinggi, Johor

Tidak seperti kubah glamping yang lain dalam senarai ini yang menawarkan kehijauan yang indah, Sea Horizon Resort sebaliknya menawarkan pemandangan Laut China Selatan yang menakjubkan. Terdapat hanya dua unit penginapan kubah disediakan di sini, setiap satu dengan bilik mandi yang dilengkapi pancuran mandian air panas. Para tamu harus memanfaatkan kawasan resort yang berdekatan dengan lautan dengan berkayak atau menerokai perkampungan nelayan berdekatan dengan basikal. Kolam renang di bahagian luar resort ini tentu akan mencuri perhatian pelancong, sesuai untuk dinikmati secara berseorangan atau bersama-sama dengan yang tersayang.
Kapasiti: Muat sehingga 3 orang setiap kubah
Kadar: RM680 per malam (Setiap Kubah)
4. The Hooton Retreat, Kuala Klawang, Negeri Sembilan

Nikmatilah kehijauan subur dan udara segar dengan menginap di The Hooton Retreat, suatu destinasi yang indah. Tetamu yang menginginkan penginapan yang unik boleh memilih kubah, manakala kumpulan tamu yang besar boleh memanfaatkan sepenuhnya vila tropika moden. Terdapat banyak aktiviti yang disediakan di sini seperti unggun api, memerhati bintang, jungle-trekking dan barbeku. Tarikan berdekatan termasuk Taman Rekreasi Lenggeng, Air Terjun Jeram Toi, Taman Rekreasi Ulu Serting dan Air Terjun Jeram Tengkek.
Kapasiti: Muat sehingga 4 orang setiap kubah
Kadar: Bermula daripada RM850 per malam (Setiap Kubah)
5. Umea Glam Kundasang, Kundasang, Sabah

Mengambil inspirasi daripada gaya dalaman Sweden, empat orang rakan kongsi berjaya menubuhkan tapak glamping yang menampilkan empat kubah yang selesa dan luas di tanah tinggi Kundasang yang dingin. Setiap kubah mempunyai tema yang berbeza daripada yang lain dan mempunyai dapur dan bilik mandi peribadi sendiri. Kami bayangkan pemandangan bukit yang menakjubkan sudah memadai untuk anda berehat di kubah; tetapi sekiranya anda berasa ingin menerokai kawasan berdekatan, bolehlah anda pergi pekan Kundasang dan Ladang Lembu Tenusu Desa yang terletak dekat dengan Umea Glam Kundasang.
Kapasiti: Muat sehingga 3 orang setiap kubah
Kadar: Bermula daripada RM280 per malam
Artikel ini telah dialih bahasa oleh Hady Armeen. Baca artikel asal dalam Bahasa Inggeris di sini.
Filed in: Glamping / nature / Outdoors / staycation