First Aircraft Reef in Malaysia

Sekumpulan penyelam skuba ketika usaha menggelamkan kapal terbang ringan ke dasar laut Pulau Lang Tengah.

News

PPTD Divers Catat Rekod di Dalam Malaysia Book of Records Melalui Penenggelaman Kapal Terbang Ringan di Pulau Lang Tengah, Terengganu

Usaha menenggelamkan kapal terbang ringan tersebut akan dijalankan daripada 19 sehingga 21 Mei 2022 dan merupakan cubaan kali pertama seumpamanya di Malaysia.

Usaha menenggelamkan kapal terbang ringan tersebut akan dijalankan daripada 19 sehingga 21 Mei 2022 dan merupakan cubaan kali pertama seumpamanya di Malaysia.

Terengganu, 20 Mei 2022 – Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) melalui PPTD Divers telah berjaya mencatat rekod di dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan menurunkan sebuah tukun rekreasi berbentuk sebuah kapal terbang ringan jenis Piper PA-31 Navajo, atau dikenali sebagai Chieftain, ke dasar laut Pulau Lang Tengah, Terengganu. 

Bersempena dengan acara yang cukup bersejarah ini, satu majlis pelancaran bagi program ini yang turut dikenali sebagai ‘Malaysia Book of Records: First Aircraft Reef in Malaysia’ telah diadakan di Summer Bay Resort, Pulau Lang Tengah, dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Mohd Sallehhuddin bin Hassan, Presiden PPTD, pada pagi ini.

First Aircraft Reef in Malaysia
President PPTD, YBhg. Datuk Seri Mohd Sallehhuddin bin Hassan (dua dari kiri) menerima sijil pengiktirafan MBPOR daripada wakil MBOR ketika satu majlis di Summerbay Resort Lang Tengah.

Usaha menenggelamkan kapal terbang ringan tersebut akan dijalankan daripada 19 sehingga 21 Mei 2022 dan merupakan cubaan kali pertama seumpamanya di Malaysia. Ia diharapkan dapat membantu menggayakan lagi persekitaran habitat hidupan laut, selain menjadi salah satu tarikan di Pulau Lang Tengah. 

ADVERTISEMENTS

First Aircraft Reef in Malaysia
Proses menenggelamkan kapal terbang ringan ke dasar laut Pulau Lang Tengah.

Semasa merancang projek ini, PPTD sudahpun mendapat pengesahan daripada pihak Bahagian Taman Laut, Jabatan Perikanan Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MAFI), termasuk Malaysia Book of Records Sdn. Bhd. (MBOR) bagi memastikan semua garis panduan dan piawaian berkaitan termasuklah aspek keselamatan alam sekitar diambil-kira dan dipatuhi agar tukun yang ditenggelamkan adalah mesra alam sekitar (environmentally safe) kepada hidupan marin. 

Usaha mencatat rekod MBOR ini turut melibatkan pemilik rangka kapal terbang tersebut, Dorken Reef Resources (DRR), yang juga berkepakaran dalam pengendalian pemasangan dan pembinaan tukun. 

First Aircraft Reef in Malaysia
Sekumpulan penyelam skuba bergambar kenangan dengan tukun kapal terbang di dasar laut.

Program ini turut mendapat Kerjasama daripada Kerajaan Negeri Terengganu (SUK Terengganu), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta sokongan strategik daripada Summerbay Resort Lang Tengah Island, Evenesis dan Gaya Travel Magazine. 

Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik telah ditubuhkan pada 13 Januari 1950 dan dianggotai oleh pegawai-pegawai kerajaan daripada skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik seluruh negara. 

Kelab Selam Skuba PPTD – dikenali juga sebagai PPTD Divers – bernaung di bawah Jawatankuasa Sukan & Rekreasi PPTD dan kini dinaungi oleh Dr. Norhasmat bin Abdul Aziz yang juga merupakan atlet sukan berbasikal profesional negara. Antara objektif PPTD Divers adalah meningkatkan kesedaran keselamatan air, kemahiran ketahanan dalam air, dan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli PPTD, termasuk menyumbang kepada kelestarian alam dan meningkatkan kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan alam marin serta mempromosi lokasi tarikan pelancongan yang unik kepada para penyelam skuba. 

ADVERTISEMENTS

Share with us what you think about this article!

ADVERTISEMENTS