Rentak Selangor 2021

Salah satu persembahan tarian yang dipersembahkan kelmarin.

News

Rentak Selangor 2021 Ketengah Muzik dan Tarian Kebudayaan Selangor

Landasan persembahan serta ruang untuk berkongsi ilmu buat para tokoh warisan budaya dan penggiat seni budaya dari pelbagai komuniti di negeri Selangor.

Landasan persembahan serta ruang untuk berkongsi ilmu buat para tokoh warisan budaya dan penggiat seni budaya dari pelbagai komuniti di negeri Selangor.

SHAH ALAM, 28 February 2021 – Program Rentak Selangor yang telah bermula sejak tahun 2016, bermatlamat menyemarakkan seni, budaya dan warisan dengan menyediakan landasan persembahan serta ruang untuk berkongsi ilmu buat para tokoh warisan budaya dan penggiat seni budaya dari pelbagai komuniti di negeri Selangor.

Di samping itu, program ini diharap dapat memberi santapan minda kepada rakyat negeri Selangor dan khalayak ramai terutama sekali bagi generasi muda yang bakal mewarisi peradaban serta warisan yang kita tinggalkan kepada mereka.

Sepertimana yang kita sedia maklum, pandemik Covid 19 yang melanda dunia pada hari ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi dunia malahan turut serta merubah landskap kehidupan masyarakat. Program seumpama ini sedikit sebanyak dapat membantu artis budaya di Negeri Selangor untuk meneruskan kelangsungan dalam norma baharu.

ADVERTISEMENTS

Penganjurannya tahun ini berkonsepkan rakaman digital dan siaran langsung.

Tahun ini juga menyaksikan program Rentak Selangor dilaksanakan dalam format baharu, iaitu dalam bentuk rakaman digital dan siaran langsung di platform social media, dilaksanakan mengikut garis panduan dan langkah pencegahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengurangkan transaksi fizikal. Langkah proaktif ini juga seiring dengan usaha kerajaan negeri untuk meneroka inisiatif pendigitalan yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada rakyat, lebih-lebih lagi buat generasi akan datang.

Program Rentak Selangor menampilkan kepelbagaian seni warisan budaya yang diamalkan oleh komuniti tempatan di negeri Selangor, iaitu komuniti Melayu, Cina, India dan Orang Asal seperti seni muzik cempuling, angklong, tarian bahbola dan seni tarian singa.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar & Kebudayaan Negeri Selangor, Yang Behormat Tuan Borhan Aman Shah berkata, program Rentak Selangor buat julung kalinya dianjurkan secara digital pada hari ini.

YB Tuan Borhan Aman Shah ketika diwawancara dalam promosi Rentak Selangor 2021.

Jelasnya, usaha itu dijalankan bagi membantu mempromosi kepelbagaian seni dan budaya Selangor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semoga kita sama-sama menghayati, menikmati, dan meraikan seni warisan budaya kita.

ADVERTISEMENTS

Video rakaman program Rentak Selangor 2021 boleh mula ditonton di saluran Facebook rasmi Rentak Selangor dan YouTube Warisan Records.

YB Tuan Borhan Aman Shah bergambar bersama jemputan dan pemuzik yang terlibat.

Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyemarakkan seni dan budaya dengan menyediakan landasan persembahan serta ruang untuk berkongsi ilmu buat para tokoh warisan budaya dan penggiat seni dari pelbagai komuniti di Negeri Selangor seterusnya menjadikan Negeri Selangor sebagai destinasi seni, budaya dan warisan negara.

Filed in: /

Klook.com

Share with us what you think about this article!

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ADVERTISEMENTS