Pusat Sains Negara

Timbalan Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) YB Datuk Arthur Joseph Kurup bergambar bersama Pusat Sains Negara, Puan Mismah binti Jimbun Pengarah (kanan), Timbalan Ketua Cawangan Pusat Sains Negara Wilayah Utara, Puan Farahzaida binti Abdul Kader, Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Perkhidmatan STI MOSTI, Encik Nik Kamaruzaman Bin Nik Husin (kiri), Encik Hafizul Hanif Abu Bakar, Ketua Cawangan Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara dan Encik Muhammad Ramzan Tasnim, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Pusat Sains Negara.

News

‘Bahtera Langkasuka’ Bakal Jadi Galeri Pameran Sains Kanak-Kanak Interaktif Terbesar  Wilayah Utara

Dengan keluasan 500 meter persegi, galeri yang boleh memuatkan 100 pengunjung dalam satu-satu masa itu dijangka siap Oktober ini.

Dengan keluasan 500 meter persegi, galeri yang boleh memuatkan 100 pengunjung dalam satu-satu masa itu dijangka siap Oktober ini.

ALOR SETAR, 5 Mac 2023: Timbalan Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) YB Datuk Arthur Joseph Kurup, hari ini mengadakan lawatan kerja ke Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara (PSNCWU), bagi memantau proses pembinaan dan pembangunan galeri pameran Sains Kanak-Kanak Interaktif Terbesar di Wilayah Utara iaitu Bahtera Langkasuka.

Galeri yang dijangka akan siap pada Oktober 2023 ini akan dibangunkan dengan keluasan 500 meter persegi. Ia boleh memuatkan sehingga 100 orang pengunjung pada satu-satu masa.

Pusat Sains Negara
Timbalan Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) YB Datuk Arthur Joseph Kurup mencuba bermain salah satu pameran air hockey.

Bertemakan maritim bagi membawa pengunjung menjelajah sains dalam laut, galeri ini dipersembahkan dengan persekitaran yang kondusif, rekabentuk yang menarik, interaktif dan hands on bagi merangsang keseronokan belajar, menimbulkan minat dan perkembangan minda kanak-kanak.

ADVERTISEMENTS

Pengarah Pusat Sains Negara (PSN), Puan Mismah Jimbun memaklumkan, galeri pameran ini akan mengetengahkan bahan pameran interaktif bermula dari konsep perkembangan kognitif kanak-kanak sehingga bahan pameran yang berkonsepkan Literasi Digital sesuai dengan perkembangan trend terkini.

Katanya, Galeri Bahtera Langkasuka ini akan terbahagi kepada dua zon iaitu Laksamana Pintar untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun dan Nakhoda Cilik untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun. Galeri ini juga akan menempatkan sebanyak 11 bahan pameran interaktif yang sesuai dengan perkembangan trend terkini untuk kanak-kanak.

Dengan pembukaan galeri baru tersebut, PSNCWU dijangka bakal menarik pengunjung seramai 20 000 orang sekitar wilayah utara. Sebagai rekod, PSNCWU telah menerima sehingga 194 263 pengunjung pada tahun 2022.

Hadir sama sewaktu lawatan berkenaan ialah Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Perkhidmatan STI MOSTI, Encik Nik Kamaruzaman Bin Nik Husin, Pengarah Pusat Sains Negara, Puan Mismah Jimbun dan Encik Hafizul Hanif Abu Bakar, Ketua Cawangan Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara.

ADVERTISEMENTS

Filed in:

Share with us what you think about this article!

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ADVERTISEMENTS