Dining

Me’nate Steak Hub Perkenal Ramadan Iftar Platter Sempena Ramadan

Bermula RM80 seorang, Ramadan Iftar Platter ketengah empat hidangan menarik untuk berbuka puasa.

Antara menu ‘Ramadan Iftar Platter’ yang ditawarkan. Gambar oleh Hasif Hamsyari.

Bermula RM80 seorang, Ramadan Iftar Platter ketengah empat hidangan menarik untuk berbuka puasa.

PETALING JAYA, 9 Mac 2023: Restoran daging premium, Me’nate Steak Hub, kembali memeriahkan tradisi berbuka puasa dengan memperkenalkan ‘Ramadan Iftar Platter’ bermula 24 Mac hingga 20 April ini.

Sepanjang tempoh berkenaan, pengunjung boleh memilih antara empat jenis menu hidangan iaitu ‘Ramadan Iftar Platter’ Heavenly Me’nate, Heavenly Ribs, Heavenly Lamb dan Heavenly Seafood yang sesuai untuk dinikmati lima orang dengan harga serendah RM80 seorang. Set ini juga akan didatangkan dengan dua jag air pelbagai pilihan seperti Thai Iced Tea, Orange Sunset, Pilo Ice dan Watermelon Mint Soda.

Ramadan Iftar Platter
Salah satu hidangan ‘Ramadan Iftar Platter’. Gambar oleh Hasif Hamsyari.

Atas permintaan ramai, Me’nate Steak Hub kembali membawakan set menu berdua pelbagai pilihan seperti Heavenly Me’nate, Heavenly Lamb Ribs, Heavenly Beef Ribs, Heavenly Lamb dan Heavenly Seafood dengan harga RM110 seorang. Set ini didatangkan bersama satu jag air pelbagai pilihan.

ADVERTISEMENTS

Pengunjung yang memilih pakej ‘Ramadan Iftar Platter’ ini juga boleh mendapat akses percuma untuk menikmati ‘Mini Buffet – Appetizers dan Desserts’ yang menampilkan aneka kuih muih dan pencuci mulut.

Sepanjang tempoh berkenaan juga, pengunjung masih boleh menikmati menu-menu ala carte seperti biasa selepas 8.00 malam.

Sebagai alternatif buat mereka yang tidak dapat berkunjung ke Me’nate Steak Hub untuk berbuka puasa, mereka turut menyediakan ‘Iftar Nate-Box’ untuk santapan lima ke enam orang dengan pilihan menu sama. Harga set ini ialah RM299.90.

Me’nate Steak Hub turut menawarkan pakej ‘Infaq Bersama Me’nate’ kepada individu atau syarikat-syarikat korporat yang ingin berinfak pada bulan yang mulia ini.

Bertemakan ‘Jom Bersama Bahagiakan Ummah’, pakej infak ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan seperti asnaf, warga tua, pelajar tahfiz dan anak-anak yatim untuk berbuka puasa. Pakej infaq ditawarkan pada RM1000, RM700, RM500, RM300 atau seikhlas hati.

Untuk tempahan atau pertanyaan, sila layari laman web Me’nate, hubungi +603 41419133 atau +6011 55558448 atau e-mel di sini.

Filed in: /

Share with us what you think about this article!

ADVERTISEMENTS