Malaysia Book of Records: First Aircraft Reef in Malaysia

Dari kiri: Penasihat Teknikal Program, Encik Noriqram Mohd Nor; Presiden PPTD, Datuk Seri Mohd Sallehuddin bin Hassan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali; Setiausaha PPTD, Encik Nazli bin Md Taib; dan Exco Sukan & Rekreasi PPTD, Dr. Norhasmat bin Abdul Aziz.

News

PPTD Divers Cuba Catat Malaysia Book of Records Melalui Penenggelaman Kapal Terbang Ringan di Pulau Lang Tengah, Terengganu

Tukun pesawat ini merupakan tukun rekreasi pertama seumpamanya di Malaysia.

Tukun pesawat ini merupakan tukun rekreasi pertama seumpamanya di Malaysia.

Putrajaya, 12 Mei 2022 — Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) melalui PPTD Divers akan mencuba untuk mencatat rekod di dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan menurunkan sebuah tukun rekreasi berbentuk sebuah kapal terbang ringan jenis Piper PA-31 Navajo, atau dikenali sebagai Chieftain, ke dasar laut Pulau Lang Tengah, Terengganu. Majlis pra-pelancaran bagi ‘Program PPTD – Malaysia Book of Records: First Aircraft Reef in Malaysia’ ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara, di Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Putrajaya, pada pagi semalam.

Usaha menenggelamkan kapal terbang ini bakal dijalankan daripada 19 sehingga 22 Mei 2022 dan merupakan cubaan kali pertama yang bakal dilakukan di Malaysia. Ia diharapkan dapat membantu mengayakan lagi persekitaran habitat hidupan laut, selain menjadi salah satu tarikan di Pulau Lang Tengah. Semasa merancang projek ini, PPTD sudahpun mendapat pengesahan daripada pihak Bahagian Taman Laut, Jabatan Perikanan Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MAFI), termasuk Malaysia Book of Records Sdn. Bhd. (MBOR).

Turut hadir ketika majlis itu adalah Presiden PPTD, Datuk Seri Mohd Sallehuddin bin Hassan; Setiausaha PPTD, Encik Nazli bin Md Taib; Exco Sukan & Rekreasi PPTD, Dr. Norhasmat bin Abdul Aziz; dan Penasihat Teknikal Program, Encik Noriqram Mohd Nor.

ADVERTISEMENTS

Program PPTD – Malaysia Book of Records: First Aircraft Reef in Malaysia
Program PPTD – Malaysia Book of Records: First Aircraft Reef in Malaysia

Usaha mencatat rekod MBOR ini turut melibatkan pemilik rangka kapal terbang tersebut, Dorken Reef Resources (DRR), yang juga berkepakaran dalam pengendalian pemasangan dan pembinaan tukun.

Program ini turut mendapat Kerjasama daripada Kerajaan Negeri Terengganu (SUK Terengganu), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta sokongan strategik daripada Summerbay Resort Lang Tengah Island, Evenesis dan Gaya Travel Magazine.

Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik telah ditubuhkan pada 13 Januari 1950 dan dianggotai oleh pegawai-pegawai kerajaan daripada skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik seluruh negara.

Kelab Selam Skuba PPTD – dikenali juga sebagai PPTD Divers – bernaung di bawah Jawatankuasa Sukan & Rekreasi PPTD dan kini dinaungi oleh Dr. Norhasmat bin Abdul Aziz yang juga merupakan atlet sukan berbasikal profesional negara. Antara objektif PPTD Divers adalah meningkatkan kesedaran keselamatan air, kemahiran ketahanan dalam air, dan gaya hidup sihat dalam kalangan ahli PPTD, termasuk menyumbang kepada kelestarian alam dan meningkatkan kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan alam marin serta mempromosi lokasi tarikan pelancongan yang unik kepada para penyelam skuba.

ADVERTISEMENTS

Share with us what you think about this article!

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ADVERTISEMENTS