GAYA XX
Out and AboutShopGaya ShopCari Rumah Idaman yang Tenang, Strategik & Dekat Pantai? Taman Desa Idaman Jawapannya!
Taman Desa Idaman, Paka

Cari Rumah Idaman yang Tenang, Strategik & Dekat Pantai? Taman Desa Idaman Jawapannya!

Bayangkan anda bangun pagi, hirup udara segar tanpa sebarang bunyi trafik, dan dalam masa 10 minit sahaja anda sudah boleh jejak kaki ke pantai. Boleh memancing, berkelah bersama keluarga atau sekadar mahu lepak santai sambil bermain layang-layang dengan anak-anak, semuanya boleh dinikmati tanpa perlu memandu jauh. Beginilah gaya hidup yang ditawarkan di Taman Desa Idaman, Paka, Terengganu, sebuah pembangunan perumahan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

youtube placeholder image
Taman Desa Idaman di Paka, Terengganu.

Terletak di lokasi strategik di Paka, Terengganu – sebuah bandar kecil yang sedang membangun tetapi masih mengekalkan pesona tradisional – Taman Desa Idaman menawarkan suasana kejiranan yang aman dan terancang, sesuai untuk membesarkan keluarga, beristirahat selepas bersara, atau sekadar lari seketika daripada kesibukan kota.

Pilihan Rumah untuk Setiap Gaya Hidup

Taman Desa Idaman menawarkan tiga jenis unit kediaman yang fleksibel dan memenuhi pelbagai keperluan, sama ada untuk keluarga kecil, pasangan muda atau keluarga besar:

ADVERTISEMENTS

Rumah Teres Satu Tingkat (800 sqft)
3 bilik tidur, 2 bilik air
Harga bermula serendah RM68,000 hingga RM136,663 sahaja!

Rumah Teres Satu Tingkat (900 sqft)
Lebih ruang untuk keselesaan – juga 3 bilik tidur dan 2 bilik air, dengan harga antara RM189,000 hingga RM274,158.

Rumah Teres Dua Tingkat (1,500 sqft)
Untuk yang inginkan lebih ruang dan gaya – 4 bilik tidur dan 3 bilik air, ideal untuk keluarga besar atau anda yang suka ruang ekstra. Harga bermula daripada RM352,000 hingga RM551,262.

Strategik & Lengkap

Kelebihan utama Taman Desa Idaman bukan sahaja pada reka bentuk dan harga yang kompetitif, tetapi juga pada lokasi strategiknya yang berhampiran dengan pelbagai kemudahan. Ibu bapa tidak perlu risau tentang pendidikan anak-anak kerana terdapat beberapa sekolah dalam jarak yang sangat dekat – antaranya Sekolah Kebangsaan Santong hanya 750 meter dari kawasan perumahan, manakala SK Seri Paka terletak 7.5 kilometer dan SMK Paka hanya 7 kilometer jauhnya. Untuk pendidikan agama pula, Sekolah Rendah Islam Darul Bayan hanya 6.5 kilometer dari sini, memberi pilihan yang seimbang antara pendidikan akademik dan agama.

Dari sudut penjagaan kesihatan pula, Hospital Dungun boleh diakses dalam masa lebih kurang 30 minit pemanduan, memastikan anda dan keluarga sentiasa berada dalam lingkungan bantuan perubatan jika diperlukan.

ADVERTISEMENTS

Untuk keperluan harian dan barangan dapur pula, terdapat beberapa pasar raya seperti TMG Mart yang hanya 10 minit dari rumah, dan Paka Mart yang terletak 7.5 kilometer sahaja, memudahkan anda membeli barangan dapur segar, termasuk hasil laut yang terkenal di Paka.

Malah, kawasan ini turut dikelilingi oleh pelbagai restoran dan kafe menarik. Antara tempat makan popular termasuklah Kopi Kuala Paka, yang terkenal dengan sajian klasik tempatan dalam suasana yang estetik; Twins Bistro, tempat lepak kegemaran ramai yang menyajikan pastri sedap dan BBQ ala Korea; serta Nasi Dagang Paka (Zila) yang menyajikan nasi dagang asli pantai timur yang memikat selera.

Senang Beli, Senang Miliki

Apa yang buatkan tawaran ini lebih menarik? SPNB tanggung yuran guaman dan tiada bayaran tempahan dikenakan! Ini bermakna anda boleh melangkah ke fasa pemilikan rumah dengan lebih tenang dan yakin, tanpa perlu risau tentang kos tersembunyi yang membebankan.

Pantai Paka.
Pantai Paka.

Rumah cantik, harga mampu milik, dan lokasi pun strategik. Pendek kata, rumah di Taman Desa Idaman, Paka ini memang berbaloi-baloi! Hubungi SPNB hari ini atau layari laman web rasmi mereka untuk maklumat lanjut.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *