GAYA XX
Out and AboutShopGaya ShopVila Idaman, Chemor: Tempat Tenang, Hidup Terancang
Vila Idaman di Chemor

Vila Idaman, Chemor: Tempat Tenang, Hidup Terancang

Jika selama ini anda mencari sebuah tempat tinggal yang mampu menawarkan keseimbangan antara ketenangan alam dan kemudahan moden, maka Vila Idaman di Chemor, Perak patut berada dalam senarai paling atas anda. Dibangunkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), projek perumahan ini bukan sekadar memenuhi keperluan asas kediaman, tetapi turut merangkumi keinginan mendalam untuk hidup dalam suasana damai, jauh daripada hiruk-pikuk bandar, namun cukup dekat untuk kekal terhubung dengan kemajuan.

youtube placeholder image
Vila Idaman Tanah Hitam Chemor, Perak.

Apa yang menjadikan Vila Idaman begitu memikat ialah lokasinya yang dikelilingi kehijauan dan berbukit bukau, menghadirkan pemandangan semula jadi yang menenangkan jiwa dan menyegarkan pandangan. Ia adalah tempat yang sesuai untuk anda ‘slow down’ selepas bertahun-tahun memecut dalam kerjaya.

Menariknya, Vila Idaman menawarkan dua jenis kediaman yang cukup praktikal, namun tetap bergaya. Untuk mereka yang mahukan lebih ruang dan lebih privasi, pilihan banglo setingkat seluas 1,401 kaki persegi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air, bermula pada harga RM371,000, adalah pilihan sempurna.

ADVERTISEMENTS

Vila Idaman Tanah Hitam Chemor
Ruang tamu di galeri kediaman jenis berkembar satu tingkat di Vila Idaman Tanah Hitam Chemor.

Sementara itu, untuk pembeli yang mementingkan fungsi tetapi masih mahukan keselesaan maksimum, terdapat juga rumah berkembar setingkat seluas 1,222 kaki persegi, turut dilengkapi 3 bilik tidur dan 2 bilik air, dengan harga bermula RM366,000. Kedua-dua jenis unit hadir dengan ruang halaman belakang yang luas yang sesuai dijadikan taman mini, ruang BBQ, atau mungkin kolam ikan koi untuk terapi minda.

Bukan itu sahaja, perumahan ini turut dilengkapi fasiliti penting yang memupuk kehidupan komuniti seperti surau, taman permainan dan gelanggang badminton, menjadikannya pilihan bijak untuk keluarga yang mahukan suasana kejiranan yang harmoni. Bagi ibu bapa pula, lokasi ini sangat strategik dengan sekolah rendah SK Tanah Hitam hanya 800 meter dari perumahan, manakala SMK Aminuddin Baki terletak sekitar 4.3 kilometer, menjadikan urusan menghantar anak ke sekolah lebih mudah dan menjimatkan masa.

Bilik tidur utama.
Bilik tidur utama.

Untuk keperluan harian dan hiburan keluarga, AEON Klebang hanya 8.8 kilometer dari sini, manakala pasaraya tempatan seperti TY Pasaraya pula hanya 11 kilometer jauhnya. Untuk keperluan kesihatan, anda boleh mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Siput yang hanya 18 kilometer dari kediaman. Dan jika perlu ke luar kawasan, Lebuhraya PLUS terletak hanya 16 kilometer dari sini, memudahkan akses ke destinasi-destinasi utama lain di Perak dan Semenanjung Malaysia.

Nak keluar menjamu selera? Tak perlu memandu jauh pun! Terdapat pelbagai pilihan yang berdekatan termasuk Zan Railway Char Kuey Tiaw, Food & Wood Craft Café, dan Mee Kari EJ yang merupakan port makanan popular yang cukup digemari penduduk tempatan. Dan kalau sesekali teringin nak merasa vibe bandar Ipoh yang penuh dengan kafe seni, tempat makan hipster dan sejarah menarik, anda hanya perlu memandu lebih kurang 40 minit sahaja.

Bagi mereka yang cintakan aktiviti luar dan alam semula jadi, lokasi ini juga berdekatan dengan beberapa spot hiking terkenal seperti Puncak Bukit Bangkong dan Trek Bukit Bangkong.

ADVERTISEMENTS

Lebih menarik lagi, SPNB turut memudahkan proses pembelian rumah idaman anda. Bayaran tempahan adalah percuma, dan yang lebih mengujakan, yuran guaman juga ditanggung oleh SPNB. Anda hanya perlu fokus pada memilih unit yang sesuai dan membayangkan bagaimana untuk menghias rumah idaman anda; yang lain, SPNB bantu uruskan.

Secara keseluruhannya, Vila Idaman adalah sebuah projek perumahan yang dibina dengan penuh pertimbangan dan empati terhadap gaya hidup moden, sesuai untuk mereka yang menghargai ketenangan, tanpa perlu berkompromi terhadap kemudahan. Dengan harga yang kompetitif, reka bentuk yang bijak, dan lokasi yang menggabungkan alam dan akses, ini adalah peluang yang sukar dilepaskan.

Jadi, jika anda sudah mula membayangkan pagi di halaman sendiri, secawan kopi dan burung berkicau, mungkin ini masanya untuk bertindak. Hubungi pihak SPNB hari ini untuk maklumat lanjut atau lawati galeri jualan Vila Idaman Tanah Hitam Chemor, Perak dan laman web mereka!

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *