Kita Ke Kampung #produkkampung4u

YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor (tiga dari kanan, depan) dan YB Tuan Borhan Aman Shah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi Negeri Selangor (empat dari kanan, depan) bergambar bersama pengusaha IKS Desa yang mengambil bahagian. Gambar: Hasif Hamsyari / GAYA TRAVEL.

News

Kita Ke Kampung #produkkampung4u Bantu Penjualan Produk IKS Desa

4,000 beg #produkkampung4u diagihkan Kerajaan Negeri sebagai sokongan kepada IKS Desa sekali gus membantu golongan memerlukan di Selangor.

4,000 beg #produkkampung4u diagihkan Kerajaan Negeri sebagai sokongan kepada IKS Desa sekali gus membantu golongan memerlukan di Selangor.

SHAH ALAM, 2 Februari 2023 – Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi Negeri Selangor pada hari ini telah melancarkan Kita Ke Kampung #ProdukKampung4U di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.  

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Kita Ke Kampung #produkkampung4u
Dari kiri: YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dan YB Tuan Borhan Aman Shah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi Negeri Selangor melihat produk IKS Desa terpilih sewaktu gimik pelancaran. Gambar: Hasif Hamsyari / GAYA TRAVEL.

Program Kita Ke Kampung #produkkampung4u merupakan salah satu daripada program kebajikan yang telah diolah oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi Negeri Selangor. Ia mula dilaksanakan pada 2021 sebagai galakan kepada 12 pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di sekitar kampung-kampung tradisi, selain membantu lebih 5,000 penerima yang terdiri daripada golongan B40 dan petugas barisan hadapan di negeri ini.

ADVERTISEMENTS

Pada tahun 2022, Program Kita Ke Kampung #produkkampung4u dilaksanakan dengan kerjasama Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia (KPPSM) Cawangan Negeri Selangor. Ia sekali gus membantu meningkatkan penjualan produk IKS Desa melalui pembelian produk-produk tersebut serta membantu promosi dan pemasaran produk IKS Desa yang sukar didapati di pasaraya-pasaraya utama.

Kita Ke Kampung #produkkampung4u
YB Tuan Borhan Aman Shah sewaktu menyampaikan ucapan. Gambar: Hasif Hamsyari / GAYA TRAVEL.

YB Tuan Borhan Aman Shah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi Negeri Selangor dalam ucapannya berkata program tersebut dilaksanakan secara pembelian barangan kering keperluan asas hasil produk IKS Desa atau usahawan IKS terpilih di setiap daerah di mana hasil pembelian tersebut disumbangkan semula kepada golongan yang memerlukan di kampung tradisi negeri Selangor.

Kita Ke Kampung #produkkampung4u
YAB Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang pengusaha IKS Desa sambil disaksikan YB Tuan Borhan Aman Shah (kiri). Gambar: Hasif Hamsyari / GAYA TRAVEL.

“Pengagihan beg #produkkampung4u sebanyak 50 beg akan diperuntukkan kepada 56 pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk penyelaras DUN di negeri Selangor. Manakala selebihnya akan diagihkan kepada setiap sembilan Pejabat Daerah dan Tanah dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,000 beg #produkkampung4u disediakan untuk penerima-penerima terpilih dalam program ini. Pengagihan ke setiap DUN akan dihantar bermula minggu kedua Februari 2023,” ujarnya.

Beg pakej bantuan ini mengutamakan produk-produk usahawan IKS Desa yang terpilih di negeri Selangor antaranya

Kerajaan Negeri berharap penganjuran program ini dapat membantu meningkatkan penjualan produk IKS Desa serta mempromosi dan juga memasarkan produk tersebut.

ADVERTISEMENTS

Share with us what you think about this article!

ADVERTISEMENTS