GAYA XX
Out and AboutShopGaya ShopPelaburan Hartanah di Cyberjaya: Mengapa Aspire Residence oleh SPNB adalah Pilihan Bijak?
Aspire Residence, Cyberjaya

Pelaburan Hartanah di Cyberjaya: Mengapa Aspire Residence oleh SPNB adalah Pilihan Bijak?

Jika anda sedang mencari peluang pelaburan hartanah yang menguntungkan, mengapa tidak mempertimbangkan untuk membeli rumah di Cyberjaya dan menyewakannya kepada pekerja atau pelajar yang tinggal di sana? Salah satu pilihan yang menarik ialah Aspire Residence yang dibangunkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Cyberjaya, yang dikenali sebagai “Silicon Valley Malaysia”, merupakan hab utama teknologi dan inovasi dengan menarik pelbagai syarikat multinasional disamping menjadi pusat untuk pendidikan, perniagaan, dan inovasi di Malaysia. Sebagai sebuah “smart city”, Cyberjaya dilengkapi dengan infrastruktur yang terancang rapi, ruang hijau yang luas, dan pelbagai kemudahan hiburan, menjadikannya tempat yang ideal untuk bekerja dan bersantai.

Bagi pelabur hartanah, lokasi ini menawarkan permintaan sewa yang kukuh, terutamanya dalam kalangan pekerja industri teknologi dan pelajar universiti yang ramai di kawasan tersebut. Kini, bandar ini dianggarkan mempunyai lebih daripada 140,000 penduduk, 400 syarikat permulaan (start-up), 40 pejabat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan, serta 900 entiti perniagaan lain.

ADVERTISEMENTS

Aspire Residence juga menjadi lokasi yang menarik untuk pelajar menyewa, dengan beberapa institusi pengajian tinggi terkemuka terletak di kawasan ini. Antaranya adalah Universiti Cyberjaya (10 minit memandu), Universiti Multimedia (10 minit memandu), Kolej Kirkby International (12 minit memandu) dan Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (15 minit memandu). Dengan pertumbuhan jumlah pelajar yang semakin meningkat, permintaan terhadap rumah sewa akan terus berkembang, menjadikan Aspire Residence satu lokasi pelaburan yang menguntungkan.

Selain tawaran teknologi dan pendidikan, Aspire Residence juga berdekatan dengan pelbagai pilihan aktiviti perniagaan dan rekreasi. Terdapat banyak restoran, pusat membeli-belah, dan tempat hiburan yang menarik penduduk dan pengunjung, seperti Cyberjaya Paintball Park, Taman Kucing Cyberjaya, ATV Cyberpark dan Taman Tasik Cyberjaya.

Aspire Residence Cyberjaya

Aspire Residence: Pilihan Bijak Untuk Pelaburan

Aspire Residence, yang dibangunkan oleh SPNB, menawarkan pelbagai pilihan unit yang sesuai dengan keperluan pelaburan anda. Terdapat empat jenis unit yang ditawarkan, yang kesemuanya dilengkapi dengan kemudahan bertaraf tinggi:

  • Jenis A – 3 bilik tidur, 2 bilik air, 900 sqft, bermula dari RM448,500
  • Jenis B – 3 bilik tidur, 2 bilik air, 900 sqft, bermula dari RM425,780
  • Jenis C – 4 bilik tidur, 3 bilik air, 1,608 sqft, bermula dari RM826,960
  • Jenis D – 3 bilik tidur, 2 bilik air, 1,175 sqft, bermula dari RM616,625

Kediaman ini juga dilengkapi dengan kemudahan moden seperti kolam renang, gimnasium, gelanggang futsal, tenis dan badminton, taman permainan, serta tadika. Semua ini menambah daya tarikan Aspire Residence sebagai tempat tinggal yang selesa dan sesuai untuk pelbagai jenis penyewa, termasuk pekerja profesional dan pelajar.

Tawaran Menarik: Bebas Yuran Guaman & Tiada Bayaran Tempahan

Apa yang menjadikan tawaran ini lebih menarik adalah sokongan penuh daripada SPNB. Bagi pembeli yang berminat, SPNB menawarkan untuk menanggung yuran guaman dan juga tiada bayaran tempahan yang dikenakan. Ini menjadikan pelaburan anda lebih mudah dan bebas dari kos tersembunyi yang biasanya berlaku dalam transaksi hartanah.

ADVERTISEMENTS

Jadi, jangan lepaskan peluang ini! Hubungi pihak Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) hari ini untuk maklumat lanjut atau lawati galeri jualan Aspire Residence Cyberjaya dan laman web mereka!

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *