Perak

Ilham Seni @ Kampar: Lorong Seni Terbaharu di Kampar Tentang Perak!

Lebih 20 mural gergasi menghiasi blok bangunan lama di Jalan Gopeng Kampar sekali gus menjadi tarikan baharu di daerah itu.

Mural Gua Tempurun di Ilham Seni @ Kampar. Gambar oleh Aliff Ashraff.

Lebih 20 mural gergasi menghiasi blok bangunan lama di Jalan Gopeng Kampar sekali gus menjadi tarikan baharu di daerah itu.

Kalau berkunjung ke Kampar, jangan lupa singgah ke Ilham Seni @ Kampar yang baru sahaja dirasmikan pada September 2022. Ada lebih 20 lukisan mural yang kini menceriakan bahagian belakang bangunan lama di Jalan Gopeng Kampar sekali gus menjadi tarikan terbaharu di daerah bersejarah itu.

Ilham Seni @ Kampar
Lorong seni ini berkepanjangan 250 meter. Gambar oleh Aliff Ashraff.

Mural-mural di lorong seni itu mengangkat tema tradisi, budaya, sejarah, alam semulajadi dan industri di negeri Perak dan dilukis oleh pelukis tempatan melalui Persatuan Pelukis Perak.

Antara mural yang dipamerkan ialah Heritage House Gopeng, Lompat Getah, Tarik Upeh, Durian, Itik, Kelamai, Disney Avenue Agacia Land, Air Terjun Batu Berangkai, Berakit di Jeram Sungai Kampar, Ladang The Gaharu, Kapal Korek, Air Terjun Sungai Salu, Peta Kampar, Gua Tempurung, Rafflesia, Burung Heron, West Lake of Kampar Ikan Raja, Bunga Cassia Biflora, Mendulang, Waterfall Abseiling dan Paip Besar, Gopeng.

ADVERTISEMENTS

Setiap mural ini juga dilengkapi dengan kod QR yang memudahkan pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan mural yang dipamerkan. Malah, panduan titik mengambil gambar juga disediakan.

Ilham Seni @ Kampar
Mural Kapal Korek. Gambar oleh Hasif Hamsyari.

Proses pelaksanaannya mengambil masa selama lapan minggu bermula Disember 2020 hingga 16 Februari 2021.

Titik fokus mural ini berada di sepanjang laluan pejalan kaki Jalan Gopeng, Menara Jam, Taman Muhibbah dan Pusat Rekreasi Kampar yang selaras dengan konsep Kampar Trails di Pekan Lama Kampar.

Ilham Seni @ Kampar
Mural Rafflesia. Gambar oleh Hasif Hamsyari.

Lorong seni sepanjang 250 meter ini juga terletak strategik iaitu di sepanjang laluan protokol yang merupakan laluan utama Ipoh-Kampar. Untuk maklumat lanjut, pengunjung boleh melayari laman web Majlis Daerah Kampar.

ADVERTISEMENTS

Share with us what you think about this article!

ADVERTISEMENTS