Home » Blog » News » RASA Seri Malaysia ‘Food Tasting Session’ Yang Dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia)

RASA Seri Malaysia ‘Food Tasting Session’ Yang Dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia)

Kuala Lumpur, 23 November 2016 – Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd telah mengadakan Majlis ‘Food Tasting’ bagi Restoran RASA SERI MALAYSIA yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bertempat di Perkarangan Lounge Ahli Parlimen, Parlimen Malaysia.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh wakil Rangkaian Hotel Seri Malaysia dan diteruskan dengan ucapan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang seterusnya merasmikan Majlis ‘Food Tasting’ RASA SERI MALAYSIA tersebut.

rangkaian-hotel-seri-malaysia-food-tasting-2-smallRASA SERI MALAYSIA merupakan inisiatif Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd untuk menjenamakan semula restoran yang terdapat di 21 buah Hotel Seri Malaysia di seluruh negara. Ia bakal dibuka pada awal tahun 2017 di Hotel Seri Malaysia Alor Setar yang akan menjadi destinasi pertama. Berkolaborasi dengan chef selebriti, Dr Chef Kamarul Hasni Che Ros, RASA SERI MALAYSIA menampilkan konsep baru yang lebih moden dan kontemporari daripada idea dekorasi hingga menu yang bakal dihidangkan. Ia turut mengetengahkan hasil- hasil seni tempatan seperti seni perabot, seramik dan persembahan muzik. Ini merupakan sebahagian inisiatif Rangkaian Hotel Seri Malaysia untuk bersama-sama membantu dan mengembangkan industri tempatan.

Dalam ucapan perasmian beliau, Dato’ Seri Nazri turut kagum akan pelan perubahan yang akan dilakukan dan berharap dengan transformasi ini akan mengembalikan semula Hotel Seri Malaysia sebagai sebuah jenama perhotelan yang terkemuka di dalam dan luar negara. Pada majlis ini juga, Dato’ Seri Nazri telah dihadiahkan sebuah ‘Mangkuk Tingkat’ yang menjadi simbolik tradisi Melayu sebagai cenderahati kenangan yang telah disampaikan oleh Pengerusi Rangkaian Hotel Seri Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu dengan diiringi oleh En Mazli Mohamed, Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Hotel Seri Malaysia.

 

rangkaian-hotel-seri-malaysia-food-tasting-3-small

Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa Menteri, Timbalan Menteri, Ahli-ahli Parlimen, wakil-wakil media, petugas Parlimen dan warga kerja Rangkaian Hotel Seri Malaysia. Dr Chef Kamarul bersama pasukannya telah menghidangkan pelbagai menu istimewa seperti Taufu Goreng Ranggup bersama Sos Rojak Berkacang, Pek-nga dan Sambal Tumis Ikan Bilis, Kambing Biri Panggang bersama Sos BBQ, Pasta Spaghetti Bersama Sos Daging Bolognese dan Roti Jala bersama Serawa Durian. Majlis yang berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 11.30 pagi turut dimeriahkan dengan persembahan muzik busking secara live oleh Kumpulan Bull Street Buskers (BSB).

 

rangkaian-hotel-seri-malaysia-food-tasting-rasa-seri-malaysia-yb-dato-abdul-aziz-sheikh-fadzir-menyampaikan-cenderahati-kepada-yb-dato-seri-nazri-abdul-aziz-small

Program inisiatif ini diharap mampu menarik minat pelancong dan orang ramai untuk menjadikan Hotel Seri Malaysia sebagai salah satu lokasi pilihan liburan atau acara- acara tertentu yang seterusnya dapat mengembangkan lagi industri pelancongan dan perhotelan negara.

About The Author

Gaya Travel is celebrating 20 years in the industry. For editorial purposes, please write to us at editorial@gayatravel.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *