Home » Blog » News » Majlis Perasmian Hari Muzium Kebangsaan 2022 di Kota Bharu
Hari Muzium Kebangsaan

Majlis Perasmian Hari Muzium Kebangsaan 2022 di Kota Bharu

Negeri Kelantan Darul Naim telah terpilih buat julung kalinya sebagai tuan rumah bagi sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan tahun 2022 (HMA2022). Pemilihan negeri Kelantan sebagai lokasi sambutan HMA2022 kali ini merupakan satu pengiktirafan yang besar kepada negeri Kelantan yang cukup terkenal kerana kepelbagaian dan kekayaan khazanah warisan, sejarah serta budayanya.

Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2022 yang berkampung di Kota Bharu, Kelantan kali ini mengetengahkan tema “Keunggulan Muzium”. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Hj Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV.

Hari Muzium Kebangsaan
Salah seorang penerima sijil sempena Kempen Derma Koleksi iaitu Puan Hajah Nik Rahimah Binti Nik Idris.

Beberapa objektif utama program ini adalah seperti untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan peranan muzium dalam pembangunan masyarakat dan memberi peluang dan kesempatan kepada orang ramai untuk mengunjungi dan mengenali muzium dengan lebih dekat dan menyertai pelbagai aktiviti muzium.

Majlis Perasmian ini turut dihadiri oleh beberapa orang Ahli Exco kerajaan negeri, wakil Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya, Ketua-ketua jabatan agensi negeri, ketua muzium-muzium di Malaysia termasuk di bawah Jabatan Muzium Malaysia termasuk kontinjen yang terlibat dalam sukan Hari Muzium Antarabangsa. Dianggarkan lebih 500 orang yang hadir memeriahkan acara perasmian HMA2022 ini.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *