Laman-Seni-2

Laman Seni 2. Gambar by: www.soalan70.com

Listicles

6 Seni Mural Jalanan yang Menghidupkan Jalan dan Belakang Lorong di Selangor

Terdapat tempat seperti di Lembah Klang dan Shah Alam yang menampilkan seni jalanan yang digemari pengunjung untuk bergambar.

Terdapat tempat seperti di Lembah Klang dan Shah Alam yang menampilkan seni jalanan yang digemari pengunjung untuk bergambar.

1 Shares

Terdapat banyak seni jalanan yang anda boleh lawati di Selangor. Seni jalanan berpotensi membantu industri pelancongan dengan menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan tarikan bagi pelancong. Terdapat tempat seperti Lembah Klang dan Shah Alam yang menampilkan seni jalanan yang mempunyai gambar yang cantik dan pasti akan digemari oleh pengunjung.

Berikut adalah senarai seni jalanan yang terdapat di Selangor:

1) LAMAN SENI 7, SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Laman Senu 7. Gambar: visitselangor.com

Tapak seni ini merupakan kesinambungan Laman Seni 2 di Seksyen 7 Shah Alam, berhampiran dengan i-City. Ia merupakan tempat yang kreatif dan cantik, bertujuan untuk menghargai seni. Kawasan ini telah disiapkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menukar lorong belakang kawasan komersial dan perindustrian kepada persekitaran yang selamat, bersih dan tenang. Pelbagai seni telah dihias seperti Lukisan 3D, Pemasangan 3D, Perabot Jalan dan pelbagai lagi. Street Art 7 ini menampilkan konsep “Komuniti Shah Alam”, “Tarikan Pelancongan” dan juga “Konsep Hijau”.

ADVERTISEMENTS

2) LAMAN SENI 2, SEKSYEN 2 SHAH ALAM

Laman Seni 2. Gambar: soalan70.com

Laman Seni 2, Seksyen 2 merupakan titik permulaan seni jalanan di Shah Alam yang kemudiannya diteruskan ke Laman Seni 7. Tema karya seni di Laman Seni ialah “kembali ke sekolah”. Siapkan diri anda untuk menghirup udara nostalgia di mana anda akan menemui kerusi gantung di dinding, bas sekolah dan lukisan-lukisan haiwan. Bukan itu sahaja, terdapat medan selera berhampiran, anda boleh berehat selepas penat bergambar di tapak mural tersebut.

3) SAFARI JEJAK WARISAN, KLANG

Safari Jejak Warisan. Gambar: tourismselangor.com

Jika anda ke Pekan Diraja Klang, anda wajib singgah di pekan Klang lama yang mempunyai banyak kedai menjual pelbagai barangan untuk masyarakat India. Pengunjung juga boleh singgah untuk mengambil gambar mural menarik bertemakan “Safari” di sepanjang lorong belakang kedai di bandar Klang lama. Seni mural mempesona ini mengetengahkan pelbagai jenis lukisan haiwan seolah-olah anda berada di safari sebenar. Ia telah dirasmikan oleh Datuk Zainal Abidin Abu Hassan pada 5 Jun 2020.

4) SASARAN ART, KUALA SELANGOR

Sasaran Art. Gambar: sasaranarts.org.my (KKB MURAL)

Sejak tahun 2008, Pertubuhan Seni Sasaran telah menganjurkan pesta seni berskala besar setiap tiga tahun untuk mewujudkan pendedahan terhadap seni jalanan. Terdapat pelbagai lukisan di dinding luar dan dalam yang pengunjung boleh bergambar. Selain itu, dengan sokongan Kerajaan Negeri Selangor, sebuah galeri seni dua tingkat bernama “Galeri Seni Sasaran Kuala Selangor” digunakan sebagai pusat seni untuk mengadakan pameran dan festival tempatan dan antarabangsa untuk mempromosi budaya dan kesenian.

5) MURAL JALAN KENARI, PUCHONG

Mural Jalan Kenari. Gambar: onlyinpuchong.com

Kawasan mural ini terletak di Jalan Kenari 5, Puchong dan dihiasi dengan pelbagai lukisan mural di sebalik bangunan lama yang terletak di atas jalan. Karya seni mural ini telah disiapkan oleh 103 pelajar tahun akhir The One Academy, Subang Jaya dalam tempoh enam hari. Mural menunjukkan keindahan dan unsur-unsur budaya Malaysia serta menggambarkan keunikan negara kita.

ADVERTISEMENTS

6) KUALA KUBU BHARU MURAL (KKB), HULU SELANGOR

Kuala Kubu Bharu Mural. Gambar: easyuni.my

Pekan Kuala Kubu Bharu terletak kira-kira 70km dari bandar Kuala Lumpur. Pekan ini menawarkan aktiviti alam semula jadi dan sukan lasak seperti paragliding, water tubing dan white-water rafting. Bukan itu sahaja, terdapat juga kawasan seni jalanan yang memaparkan lukisan di dinding bangunan lama di kawasan KKB. 8 lukisan mural telah disiapkan oleh pelajar dan kakitangan Kolej ALFA pada tahun 2014 yang menggambarkan kehidupan bandar di KKB.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, mural jalanan atau Seni Jalanan ini bukan sahaja menarik dan cantik, malah pengunjung boleh mengabdikan kenangan bergambar mereka dengan gambar lukisan 3D yang luar biasa, gabungan lukisan dengan perabot, lukisan bertema unik dan pelbagai lagi. Seni jalanan ini memberi peluang kepada pelukis berbakat untuk mempamerkan idea lukisan di dinding bangunan menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan tarikan pelancong. Selain itu, Tourism Selangor menasihatkan pengunjung untuk mengekalkan penjarakan fizikal dan sosial serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk mencegah sebarang penularan virus COVID-19.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

Artikel ini dialih bahasa oleh Hady Armeen. Baca artikel asal dalam Bahasa Inggeris di sini.

1 Shares

Filed in:

Klook.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ADVERTISEMENTS

 
 
1 Shares
Tweet
Share
Share
Pin1