RIUH SOKMO! Bersama Celcom

RIUH SOKMO!

News

‘Riuh Sokmo! Bersama Celcom’ Sasar Lebih 20,000 Pengunjung Ke Kelantan

‘RIUH SOKMO! Bersama Celcom’ yang akan diadakan mulai 16 September hingga  18 September 2022 bertujuan untuk memperkasa penggiat, usahawan dan  pengamal industri kreatif tempatan di seluruh negara.

‘RIUH SOKMO! Bersama Celcom’ yang akan diadakan mulai 16 September hingga  18 September 2022 bertujuan untuk memperkasa penggiat, usahawan dan  pengamal industri kreatif tempatan di seluruh negara.

KETEREH, 14 September 2022 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia  (K-KOMM) menerusi Kumpulan MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (MyCreative)  menyasarkan lebih 20,000 pengunjung ke Kembara RIUH Keluarga Malaysia (KRKM) edisi keempat dengan kerjasama penyedia telekomunikasi Celcom Axiata  Berhad (Celcom), iaitu ‘RIUH SOKMO! Bersama Celcom’ di Stadium Mini Majlis  Daerah Ketereh dan Padang Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh, Kelantan. 

‘RIUH SOKMO! Bersama Celcom’ yang akan diadakan mulai 16 September hingga  18 September 2022 bertujuan untuk memperkasa penggiat, usahawan dan  pengamal industri kreatif tempatan di seluruh negara, mencerminkan keprihatinan  dan komitmen Kerajaan dalam memulihkan industri kreatif susulan pandemik  COVID-19 yang menjejaskan pendapatan pengamal industri kreatif ini. 

Pelbagai aktiviti komuniti dan bengkel kreatif serta pertunjukan kebudayaan seperti  Wayang Kulit, Dikir Barat, Rebana Ubi, Perahu Kolek, Silat Tari akan dibawakan  menerusi ‘RIUH SOKMO! Bersama Celcom’. Turut diadakan persembahan istimewa  daripada artis tempatan termasuk Kugiran Masdo, Faizal Tahir, Datuk Ramli Sarip,  kumpulan Wings serta ramai lagi. 

ADVERTISEMENTS

Sehingga kini, program Kembara RIUH Keluarga Malaysia telah mewujudkan kira kira 3,000 peluang pekerjaan serta menyokong seramai 1,803 penggiat seni dan  usahawan industri kreatif seluruh negara manakala sasaran keseluruhan program  Kembara RIUH Keluarga Malaysia ini dijangka mewujudkan lebih 7,000 peluang  pekerjaan dan menyokong lebih 5,000 penggiat dan pengusaha industri kreatif  tempatan di 14 lokasi seluruh negara seperti yang telah dirancang.  

Kembara RIUH Keluarga Malaysia yang bermula pada awal tahun tahun 2022,  asalnya hanya tertumpu di kawasan Lembah Klang telah melebarkan sayap ke  negeri Johor, Sabah dan Melaka dalam usaha membantu penggiat industri seni yang  terjejas akibat pandemik COVID-19.

Usaha Kerajaan melalui MyCreative ini terbukti berjaya menghimpunkan usahawan  kreatif dan penggiat seni tempatan daripada 10 cabang industri kreatif termasuk  muzik, seni persembahan, kandungan kreatif, sastera, seni reka, seni kebudayaan  dan tradisional, seni kulinari, seni visual, fesyen dan pendidikan kreatif, yang  dilaksanakan melalui kerjasama strategik dengan menghubungkan usahawan  kreatif, penggiat seni, dan pengamal industri kreatif serta komuniti setempat.  

Industri kreatif telah diiktiraf oleh Kerajaan sebagai salah satu industri strategik  berimpak tinggi yang diberi tumpuan khusus dalam Rancangan Malaysia Ke-12  (RMK-12). Industri ini disasarkan menyumbang sebanyak RM31.9 bilion kepada  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang tahun 2025 kerana selain  bertujuan menghubungkan komuniti kreatif dengan masyarakat, Kembara RIUH  Keluarga Malaysia juga berupaya mencipta peluang dalam menjana pendapatan  hasil seni kreatif dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara bagi  mencapai sasaran ini.  

Seluruh Keluarga Malaysia di Kelantan dan negeri berhampiran diajak untuk hadir serta memberi sokongan kepada para usahawan, penggiat seni tempatan dan  pengamal industri kreatif di ‘RIUH SOKMO! Bersama Celcom’.

ADVERTISEMENTS

Share with us what you think about this article!

ADVERTISEMENTS